Monday, 14 January 2013

Cherry Sayang Strawberry sangat2

Ni sebenarnya first post aku dalam blog ni.. Haih lamanya tak main blogging2 ni.. Sebab taktaw nak tulis apa.. Tapi semalam aku terjumpa blog crush aku.. Pastu tiba2 ja aku rasa nak main blog balik.. hahaha..

Apa aku nak tulis dalam post ni adalah pasal crush aku lerrrr..hehehehe..tapi aku nak cerita tentang apa yang terjadi antara kami baru-baru ni laa.. Apa yang terjadi adalah kami baru baik dari sesuatu yang buruk tapi aku nampak macam benda baik ni nak jadi buruk balik.. Hmmmmmmm..

Kisahnya macam ni, sebelum ni aku rapat dengan crush aku tu.. Pastu ada satu benda ni terjadi yang menyebabkan aku buat keputusan untuk buang dia dari hati aku.. Tapi susah bak hangg aku nak buat macam tu.. Mula-mula aku ignore ja dia.. Rasanya seminggu lebih jugak kot aku ignore dia.. Pastu crush aku mula la buat prangai.. Dia tulis macam-macam pasal apa yang aku buat dekat dia.. Setiap ayat menusuk kalbu aku.. Tudiaa.. Hahaha.. Pastu dia delete twitter dia.. Dia deactivate facebook dia.. Sejak dari tu, mula la aku rasa serba salah.. Sebab ego punya pasal,aku teruskan ja ignore dia.. Tapi tak lama.. Sebab sayang aku dekat dia tak boleh aku nak buang jauh-jauh.. Sebab dia lah perempuan kedua yang pernah aku betul-betul jatuh cinta.. Walaupun aku mengaku aku suka ramai perempuan, tapi dia lah perempuan yang paling aku sayang.. So aku pun tergerak hati nak berbaik semula dengan dia.. Alhamdulilllah sekarang ni aku dah rapat balik dengan dia..

Waktu aku nak rapat balik dengan dia, dia dah banyak berubah.. Aku boleh nampak seperti dia pun dah sayangkan aku.. Sebelum ni cinta aku seperti bertepuk sebelah tangan.. Tapi selepas kami berbaik-baik semula ni, banyak benda yang aku tak duga nak terjadi, terjadi.. Contoh, aku ajak dia makan berdua dengan aku dia sudi.. Pastu kami buat gelaran sweet-sweet antara kami, dia suka.. Dan semalam dia bagitahu aku, yang aku ni special bagi dia.. Menangis aku semalam bila dapat tahu benda ni.. Sebab aku betul-betul sayangkan dia.. Aku dah mula suka dekat dia waktu kami semester satu lagi, tapi sekarang dah semester tiga.. Sangat susah aku nak pikat hati dia.. Tapi kalau ditakdirkan aku dan dia kongsi hidup bersama, aku janji aku akan cuba jaga dia dengan baik dengan sedaya-upaya aku..

Tapi masalahnya sekarang, waktu kami baru berbaik-baik tu.. Dia sangat sweet dengan aku.. Aku happy sangat sangat sangat.. Aku pun sweet la jugak dengan dia.. Tapi seperti biasa, bila rindu di hati dah terubat, diri pun mulalah berubah.. Dia dah pun mula kurang rapat dengan aku.. Maksud aku, dulu kami kerap mesej,  mesej sweet2 pulak tu.. Contohnya aku panggil dia strawberry,dia panggil aku cherry.. Aku suka nama tu..hehe.. So aku panggil la dia dengan nama strawberry..Bila aku panggil dia macam tu, mesti dia akan panggil aku cherry balik.. Tapi sekarang aku sorang ja yang panggil dia strawberry, dia takkan panggil aku cherry balik.. Sedih kan..

Hmmm.. Aku tau bagi orang lain takde la sedih benda remeh2 mcm ni.. Aku ja yang suka buat teruk..hahaha.. Biarlah, aku teruk sorang2 sudah.. Asalkan dia bahagia dan aku mampu buat dia gembira..

Tapi aku berharap sangat-sangat dia akan jadi milik aku satu hari nanti.. Dan aku taknak dia milik aku jz jadi girlfriend or makwe or awek.. Aku nak dia jadi isteri aku yang sah.. Sebab aku nak habiskan masa hidup aku bersama-sama dengan dia.. Kalau boleh, sampai akhirat and sampai bila-bila aku ingin bersama dia..

No comments:

Post a Comment